cendawan goreng..
May 1, 2009 by thefellowshipofspongebob
mcm best jek cendawan goreng ni. harap tuan blog x marah la resepi dia kena paste kt sini:
Saya tulis resepi ni pakai ratio ya sebab saya tak pakai timbang. Orang dah expert tak main la timbang-timbang ni. Here is the recipe…
- Jenis sukatan; 1 portion bermaksud 1 bahagian; Saya kelmarin sukat pakai mug.
- Jenis cendawan; Cendawan Tiram Kelabu; 500 ~ 750 gram.
- Tepung Gandum; 1 portion; Tepung gandum ni menentukan tebal atau tipisnya salutan tepung goreng. Kalau nak lebih “berisi” korang letak lebih portion dia. Tapi kalau terlebih jadi tebal cam cekodok pulak.
- Tepung Beras; 1 portion; Tepung beras ni memberikan rasa “keras” untuk membuat kerak. Kalau suka kerak dia keras sikit, korang tambahlah portion dia ikut suka koranglah. Kalau terlebih jadi keras dan liat pulak nanti.
- Tepung Jagung; 1 portion; Tepung jagung memberi kesan rangup atau crunchy cakap omputih. Kalau terlebih akan menyerap banyak minyak.
- Telur Ayam; 1 biji; Telur memberikan efek “soft”. Tapi kalau lebih, akan serap minyak.
- Serbuk Ketumbar; 3 sudu besar; Perhatian, ini serbuk ya, bukan ketumbar yang diblender! Korang belilah kat kedai ya!
- Serbuk Kunyit; 1 sudu kecil; Sekadar nak beri warna kuning, biar nanti goreng kaler dia nampak golden brown.
- Air Kapur; 2 sudu besar; Petua orang-orang tua, supaya lebih rangup. Amaran, hanya gunakan air kapur sireh atau kapur makan atau kapur dapur ya! Jangan sesekali gunakan air batu kapur atau kapur tulis yang korang ambik kat sekolah! Karang masuk hospital pulak!
- Air; Saya gunakan air bertapis sebab kat Pasir Gudang ni, kualiti air paip dia, ya rabbi, teruk sangatlah! Sukatan air saya tak ukur sebab tak de masa la, nak cepat! Agak-agaklah sendiri, takkan itu pun tak boleh! Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat!
- Garam; Saya pakai garam bukit (bukan Bukit Cina, Bukit Beruntung atau Bukit Bintang ya!). Sebab garam bukit kurang masin, saya lebur 2 sudu besar. Korang yang pakai garam biasa tu pandai-pandailah adjust. Masa dah jadi adunan, korang rasa la kat lidah, lepas tu ludah. Kalau kurang masin, tambah garam lagi. Kalau terlebih, mmm tak dapat nak nolong…
- Cara Menggoreng; minyak kena banyak dan PASTIKAN MINYAK BETUL-BETUL CUKUP PANAS baru masukkan cendawan yang telah dicelup adunan tepung tu tadi. Pastikan JANGAN MERENDAM cendawan dalam adunan tepung! Time nak goreng, baru korang celup dan goreng dalam kuali. Kalau korang siap-siap masukkan cendawan tu awal-awal dalam adunan tepung, nanti dia jadi lembik dan tak best. Bab goreng-menggoreng ni korang kena cekap control api dapur. Jangan sampai api tak cukup panas, karang menyerap minyak pulak. Kalau api terlebih panas, hangus pulak! Anyway, goreng tu tak perlu lama-lama. Asal warna dia jadi golden brown, cepat-cepat angkat! Just make sure tepung dia dah masak, that’s enough!
- Cendawan goreng ni paling sesuai dimakan dengan cara mencicahnya dengan sambal kicap yang dicampur dengan sedikit perahan air limau kasturi. So, ada rasa pedas, manis, masin, masam dannnn paling ponting… sodapppppp!